Assalammualaikum..
Hari Sabtu lepas aku ada beli majalah Harmoni keluaran Januari 2013...
Yang cover perkahwinan Apex & Leuniey tu..
Malam semalam duk belek majalah tu dan mata tertumpu kat satu kisah keluarga miskin
yang serba kekurangan..
Dah la baca malam2, mau x sedih :'(
Mengisahkan 5 orang anak beranak. Si ayah ni nama dia pakcik Johari.. Pakcik ni tempang kerana terlibat dgn kemalangan jln raya satu ketika dulu dan diberhentikan kerja kerana kekurangan dia tu.. Then pakcik ni mencuba nasib ke ibu kota untuk mencari pekerjaan lain..
Dan hanya mampu menyewa sebuah bilik dgn harga RM300 sebulan..
Dlm bilik tu la tempat tidur, dapur dan sebagainya.. Terlalu terhad untuk dihuni oleh 5 orang anak beranak.
Isteri pakcik ni pula mengalami masalah jantung.. Lebih menyayat hati, anak sulung pasangan ni yg berusia 12 tahun merupakan seorang yg cacat (maaf x ingat nama kecacatan tu).
Umur 12 thn, tp keadaan fizikal seperti budak kecil..
Dengan kerja pakcik ni yang x menentu, untuk sara 5 beranak.. kadang2 dia terpaksa pinjam duit kawan untuk beli megi bagi mengalas perut ahli keluarganya.. see kat sini, pakcik ni seorang bapa yang betul2 bertanggungjwb.. susah mcm mana pun dia, dia berusaha utk memberi yg terbaik untuk keluarga dia..
Bila baca kisah mcm ni, buat hati rasa sebak.. coz aku ni kdg2 jenis suka jg merungut bila xde duit, membazir x tentu hala.. padahal masih ada insan lain yg susah.. terlalu susah..
At the same time, aku teringat juga pengorbanan ayah dan emak dalam membesarkan aku..
Betapa besar pengorbanan mereka.. tapi kdg2 kita sebagai anak selalu lupa tentang itu..
Selalu la berdoa kepada kedua ibu bapa kita..
Berbalik kepada kisah pakcik Johari tu, aku just snap pic ini je malam tadi..
**will snap another pic about pakcik Johari**
Kepada anda yang ada rezeki lebih tu, ikhlaskn hati utk bersedekah kepada insan yang memerlukan..
Sebab diluar sana masih ramai insan yg serba kekurangan..
Moga kita sentiasa bersyukur dgn apa yang kita miliki sekarang.. InsyaAllah =)
Sekian..
touching ..huhu
ReplyDeleteni x set ayat betul2 ni.. kalau x, mau nangis =D
Delete