Monday 3 November 2014

MY Birthday!

Assalammualaikum..

Pejam celik dah hampir 5 bulan tak update blog! Actually saya ni bukan la blogger tegar
seperti Madam Mawar okeyh.. rasa ada mood nak update, saya update.. huhu..

Okay back to main topic.. On 28 Oct 2014 it was my birthday! Sweet 17 u ols.. haha
Umur da meningkat xpe, asalkan still da vouge da vass! *abaikan tatabahasa iteww

 Rasa special this year coz dapat 2 kek yang sodap!


Malam 28 Oct 2014 dapat kejutan from housemates!
balik dari uptown, tgk dari luar rumah gelap.. rupanya Quya kat dalam pegang kek 
yang super duper comel ni! ditemani oleh Dora and Chika (our cats) yang tak tidoq lagi tggu
besday gurl! kahkahkah.. sweet sangattttttttttttttt!
Kek tajaan Farahana.. tq Fara & Quya!! May Allah bless u ols!


Next morning at office got a surprise from..............


OFFICEMATES!!

Memasing konon senyap2 taknk wish.. konon lupa.. konon tak ingat.. konon sangattttttttttt!!
tapi i ols tau la korang ada surprise untuk i ols! tgk i pakai tudung baru cantik2.. i nak posing pagi tu la!! hahahaha! gilerrr si Ross tak ingat besday i? sentap menyentap menyelit u i cubit okay! =P
Kak ana siap create whatsapp group untuk preparation my besday.. owhh so touched! huhu
TQ Chingu Group! tiada kata-kata dapat diungkap selain mendoakan semoga Allah S.W.T membalas kebaikan kalian.. merahmati kalian..mempermudahkan segala urusan kalian.. InsyaAllah..

TQ Ross for linda birthday entry and TQ jugak utk #michaelkorsbracelet ni!!



Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T memberi nikmat hidup dikelilingi oleh rakan-rakan yang 
baik dan penyayang! *tgndibahumatakeatas* (^^,)V

TQ pada family dan rakan-rakan lain yang wish kat my fb jugak!
Moga Allah S.W.T merahmati kalian semua!
Mmmmmmmmmmmuahh ciked! ----<--@






Thursday 5 June 2014

Selamat Pengantin Baru Oh MySis!


Assalammualaikum..

pakepakepakepakebungkebungkebung! *alunan kompang ye tuan/puan* hahaha
lepas sorang, sorang kawan saya kawin.. makin pupus kawan yang bujang.. =P
31 Mei 2014 tarikh keramat untuk ex-schoolmate saya bergelar isteri orang..

Alhamdulillah, semoga Noraini dan husband kekal bahagia hingga ke Syurga..
Sentiasa bertolak ansur, memahami dan sabar serta tabah mengharungi alam perkahwinan ye!
Moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. 

Aamiin...

Gorgeous bride, Noraini

Noraini & me

Pelamin nikah
Korang nak tau apa yang special time wedding ni?






Hurmmm..










Well..













Malu plak...














Alaaa rilex laaa..!












Hiihihihihihihihi!!









Errrrrrrrrrrrrrrrrrrr..







1









2












3











Tadaaaaaaaaa!!!




Kali ketiga jadi PENGAPIT u ols!!!!!
Semoga kali ke3 ni dapat aura/berkat untuk turn i ols plak yerp!
*gatal*


BYE!

Wednesday 28 May 2014

Demonstrasi Masakan Oleh Syarikat Graes Appliances Sdn Bhd


Assalammuaikum

Okay sebulan lebih baru nak update blog..
Bising betul kak ton suruh saya update blog.. hihi..
Katanya banyak bahan, tapi xnk update.. alkisah terlebih vitamin M (malas).. itu la pasal!

Okay malas membebel, nak cite yang 14 Mei 2014 lalu kat ofis saya ada 
buat demonstrasi masakan oleh wakil Syarikat Graes Appliances Sdn Bhd.
Ini merupakan demonstrasi masakan sihat TANPA menggunakan minyak..
Ini anjuran PUSPANITA ofis saya .. Al maklum lah boss saya ni merupakan 
Ketua Biro Keusahawanan dalam PUSPANITA kat ofis..

Set produk.. x perlu menggunakan minyak ok.. cuma kalau nak buat popcorn
perlu letak minyak sket, kalau tak mcm mana popcorn nak kembang kan? kehkeh!
Macam2 boleh masak gunakan produk ni.. Kukus ikan, ayam, daging, buat kuih, masak nasi pun boleh!
Produk ini menggunakan elektrik dan perlu letak air kat bawah bekas tu..
**ceh dah mcm saya plak nak wat demo! hahaha

3 orang wakil daripada Syarikat Graes Appliances Sdn Bhd.. Niena dan Ain


Niena wat demo masak kuih cara.. adunan masuk dalam botol tu je senang..
then picit terus dalam acuan.. letak gula.. x sampai 2 minit, siap! 

tgk niena angkat kuih ni pakai sudu je.. mmg mudah coz x melekat langsung! hihi

now buat kaya ball..

roti jala...

pancake..

also popcorn!

 ini my boss yang disayangi lagi dikasihi try buat roti jala.. hihihi

Kak halimah.. orang kuat under my boss..  tanpa kak halimah, x jalan our aktiviti.. 
Eh? kak halimah take over masak burger kat atas grill ni plak.. tanpa guna minyak jgk k
dan yang best daging burger tu x kecut pun mcm kita masak biasa guna kuali tu!
daging yang so juicy! 

Produk ni mmg bagus coz selain mudah dan cepat, ianya turut menghasilkan
makanan yang berkhasiat coz tanpa menggunakan minyak! *promote lg.. hihi

Harga untuk satu set produk ni RM1300++ kalau tak silap saya..
tapi boleh direct debit monthly RM66 selama 2 tahun

Untuk details boleh hubungi :-

Cik Norhasnina : 012-2510612
Siti Norain : 017-3538040

Graes Appliances Sdn Bhd
Wisma Graes, No 6A, Jln. SG 3/2
Taman Sri Gombak
68100 Bt Caves Selangor












Sunday 6 April 2014

Selamat Pengantin Baru Farah & Am!

Assalammualaikum..

Finally my dear bff merangkap ex housemate telah sah bergelar isteri orang on 28 Mac 2014..
Congrats my dear Qissy Farah and Am! Wish both of you happy until Jannah.. InsyaAllah..




Fara & Me
Fara & Nana
Ni je pic yang aku ada.. sebabnya all pic yg dlm album camera handphone dah hilang dengan sendirinya. xtau knp.. sobsobsob!

Dear Farah & Am, semoga kalian sabar dan tabah dalam melayari bahtera perkahwinan..
Semoga ikatan suci akan tersimpul rapi hingga ke Syurga yang kekal abadi..
Semoga kalian dikurniakan putera puteri yg soleh & solehah sebagai pelengkap hidup.. InsyaAllah
Aaminn..

Wednesday 26 March 2014

Al-Fatihah untuk Ani Ibrahim

Assalammualikum..

Dalam entry saya yang lepas, saya ada ceritakan mengenai kak Ani iaitu
rakan sekerja saya yang terlantar di HKL kerana sakit tenat disebabkan demam denggi...
Dan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) yang lalu, beliau telah pergi menghadap Ilahi..
Sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyayangi Allahyarhamah Kak Ani dan menjemputnya
pada penghulu segala hari iaitu Jumaat..
Walaupun terkejut dengan berita ini, kami semua pasrah dan redha... 
Benar lah janji Allah itu bahawa MATI itu PASTI..
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..



Al-Fatihah buat Ani Ibrahim..
Moga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Aamiin..


Tuesday 18 March 2014

Kesedihan serentak

Assalammualaikum..

Lama rasanya tak update blog.. Kadang banyak je cerita nak story kat sini, tapi asyik tertangguh je..
So now amik sedikit masa untuk story again..
Bulan Mac 2014, memang bulan yang penuh kesedihan bagi saya..
Tanggal 11 Mac 2014, Maklong (Kakak kepada mak saya) pergi menghadap Ilahi kerana sakit tua..
Dan dalam masa yang sama juga, Malaysia sedang hangat dengan isu MH370..
Saya turut terkesan dengan isu ini kerana salah seorang penumpang MH370 merupakan
pegawai tempat saya bekerja.. Beliau adalah Sofuan Ibrahim, yang diberi amanah untuk
bertugas di MITI Beijing.
Dan untuk waktu ini, kami dikejutkan dengan berita Kak Ani, Cc di pejabat saya
yang sekarang ini sedang tenat di ICU, HKL kerana demam denggi.. 
Ya Allah, kesedihan serentak yang saya rasakan..
Saya mampu berdoa agar roh maklong saya ditempatkan bersama kalangan orang2 yg beriman..
Saya berdoa agar Sofuan, semua penumpang dan krew MH370 berada dalam keadaan yang selamat dan akan ditemui secepat mungkin..
Saya berdoa agar kak Ani diberi kekuatan dan akan sembuh seperti sedia kala...
Saya akan terus berdoa.. dan berdoa.... InsyaAllah

Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini... Aamiin.....~