Monday 24 June 2013

Jerebu


Panduan Kesihatan Untuk Anda
Jerebu

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada : 
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak-kanak
2. Orang tua 
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma 
• bronkitis 
• radang paru-paru 
• penyakit paru-paru yang kronik 
• jantung 
• alahan
4. Perokok 
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari http://www.nre.gov.my
sumber : http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/jerebu-a-kesihatan

Wednesday 12 June 2013

Tong Pak Fu, Sunway Giza



Siapa yang teringin nak makan dessert like bubur, ice cream and puding?
Boleh la terjah ke Tong Pak Fu di Lot G-06 Grd Floor, Sunway Giza

Jom view apa yang aku order tempoh hari..
Aku try Grass Jelly with Chilled Manggo Sago Creme & Pamelo, RM8.80
Kombinasi fresh mango with cincau dan susu cair serta sedikit isi limau bali


Then aku try juga Glutinous Rice Balls with Black Sesame & Peanut Topping, RM4.80
This one like kuih buah melaka.. but dalam dia kosong je.. Diperbuat daripada tepung pulut..
Bila makan rasa kenyal2 tu.. buat yg pakai gigi palsu tu, pastikan pakai polident okeyh! ekekke


This one kawan aku punya.. Glutinous cream, RM5.80... nampak macam bubur pulut hitam kan?
Mmg bubur pulut hitam pun, tp haruslah ada nama glamour kan! hihihi



Nak tau details dan pelbagai menu boleh click kat bawah ni :-

tongpakfu
tongpakfufacebook

Apa yang aku tak suka....?


Apa yang aku tak suka....................? 


Aku tak suka orang yg tak tepati masa, sebab aku jenis yg on time! kalau sekali sekala terbabas dgn alasan
yg munasabah tu, okay fine, boleh diterima.. kalau dah kerap sgt ko lambat, mmg cari nahas!

Aku tak suka orang yg kerap bagi alasan even aku pun suka bg alasan.. ekekkeke

Aku tak suka orang yang membebel even aku kdg suka jgk membebel.. erk?

Aku tak suka bila diberi kerja last minit!! Stress tau! tp dah keja mkn gaji, pasrah je la kak ton...
SYMP - saya yang menurut perintah

Aku tak suka bila perut aku lapar, then aku makan makanan yg tak kena dengan tekak aku... means tak sedap laaaa... perghhhh spoil wooooo!

Aku tak suka bila orang dah berjanji tapi tak tepati last-last minute! aku tumbuk muka ko nanti!

Aku tak suka bila siku aku berlaga kat dinding.. knp???? sakit la bod**! 

Aku tak suka bila baju aku tersangkut dan tercarit benangnyaaaa.. uwaaaaaaaaaaa! 

Aku tak suka bila terkena electric shock!! Lately ni bila pegang tombol pintu, kabinet besi kat ofis.. zzzzzzzzztttttttt! sentap!

Aku tak suka pewangi yg terlalu kuat baunya! menyengittttt sampai kembang kempis hidung aku ni yg 
dah sedia kembang..... 

Aku tak suka jawab telefon ketika di pejabat.. ekekekee.. tapi pasrah la coz tu main job aku!
helloooo...setiausaha gorgeous disini.... boleh sy bantu?
pitam****

Aku tak suka cicak! geli geleman.. tapi aku pelik dgn adik aku.. dia lebih takutkn lipas dari cicak?
agak korang sape yg gila? hahahaha

Aku tak suka lengan dan peha aku yg montel.. sobsobsob.....
kak ton nak diet, ngap ngap ngap ngap sambil mkn 10 cucuk satey kambing! sedap!

Aku tak suka drive keta.. tapi sebab aku x mampu nk hire driver dan xtau pasal public transport ni, aku gagahkan jua drive......

Aku tak suka basuh, lipat dan iron baju! tapi kalau SHOPPING baju, aku suka!

Aku tak suka bila kena hadap traffic jam! Rasa macam nak angkat keta bawa lari je kalau mampu! bhahahahaha..

Aku tak suka bila aku cakap, orang tak dengar.. hoiiii! ko pekak ke? heeeeeeee

Aku tak suka orang potong queue!

Aku tak suka pening.......... pernah pening seminggu x boleh bangun! bila bangun je nk 
pitam+muntah...... sobsobsob 

Aku tak suka bila semut hurung makanan+minuman aku! benci ko semut!
ciannnnnn semut ituewwww..

Aku tak suka bila orang mcm bagus.. aku lg bagus laaa........ eh? riak tul! ahakz!

Aku tak suka orang yang kedekut........

Aku tak suka pakai kasut basah.. biar tak pakai kasut, jadi mcm Elyana pun takpe.. hihihi

Aku tak suka pakai lipstik... 

Aku tak suka jadi AJK2 mana-mana program... ntah? xtau knp x minat laaaa.. pfffftttttttttt!

Aku tak suka............

Aku tak suka.........

Aku tak suka........

2 minggu pun tak habis aku menaip kalau hal tak suka ni kan! bajet perfect sangat! 
korang share la apa yg korang x suka? agaknya mesti 3 minggu tak habis menaip? kihkihkih!!

Bubbyeeeee~~~