Kesedihan serentak
Assalammualaikum..
Lama rasanya tak update blog.. Kadang banyak je cerita nak story kat sini, tapi asyik tertangguh je..
So now amik sedikit masa untuk story again..
Bulan Mac 2014, memang bulan yang penuh kesedihan bagi saya..
Tanggal 11 Mac 2014, Maklong (Kakak kepada mak saya) pergi menghadap Ilahi kerana sakit tua..
Dan dalam masa yang sama juga, Malaysia sedang hangat dengan isu MH370..
Saya turut terkesan dengan isu ini kerana salah seorang penumpang MH370 merupakan
pegawai tempat saya bekerja.. Beliau adalah Sofuan Ibrahim, yang diberi amanah untuk
bertugas di MITI Beijing.
Dan untuk waktu ini, kami dikejutkan dengan berita Kak Ani, Cc di pejabat saya
yang sekarang ini sedang tenat di ICU, HKL kerana demam denggi..
Ya Allah, kesedihan serentak yang saya rasakan..
Saya mampu berdoa agar roh maklong saya ditempatkan bersama kalangan orang2 yg beriman..
Saya berdoa agar Sofuan, semua penumpang dan krew MH370 berada dalam keadaan yang selamat dan akan ditemui secepat mungkin..
Saya berdoa agar kak Ani diberi kekuatan dan akan sembuh seperti sedia kala...
Saya akan terus berdoa.. dan berdoa.... InsyaAllah
Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini... Aamiin.....~
Amin Ya Rabbal alamin ...
ReplyDelete