Thursday 10 October 2013

Murtabak maggie


Assalammualaikum..

Org bujang mmg suka masak simple.. al maklum laaa bujang.. eh? Tetiba tekak teringin nk mkn murtabak megi... so sesape yg biasa mkn megi campak dlm air & rebus 2 minit je tu, meh try buat ni plak.. kot2 ada yg xpnh mkn murtabak megi ni kan.. mihmihmihmih!

Bahan-bahan

Sebungkus maggie kari
2 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 tangkai cili api (dihiris)

Cara-cara membuat

Mula-mula celur maggie sehingga kembang dan toskan..
Kemudian pukul 2 biji telur bersama perencah maggie, bawang dan cili merah..
**tak perlu masukkn garam kerana perencah dah masin
Dan gaul maggie bersama adunan telur yang telah dipukul tadi sehingga sebati 
mcm gambar kat bawah ni..


Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan masukkan adunan magie tadi


Apabila bahagian bawah telah masak dan garing, terbalikkn.. jadi macam ni..
Tunggu la dalam 5 minit sampai betul-betul masak keh..


Okay dah siap! potong la segitiga, empat ke mcm mana.. boleh makan dahhh..
ehhhh kejap!!


Haaaa.. makan dengan sos cili baru ummmphhh!!


For those yang terlebih rajin sket tu, boleh jugak kalau nak masukkn ayam/daging/udang cincang ye.. lagi sedap.. tapi ayam/daging/udang tu kena tumis dulu la.. baru masukkn dalam adunan maggie tadi keh.. leh refer resepi Cik Epal ni..

Selamat mencuba!



2 comments: