Tuesday 30 July 2013

Mood Swings

Assalammualaikum..

Holllaaaaaaaaaa! Hello guyz!

Semenjak dua tiga menjak ni, mood asyik swing je.. tak tau la knp..
tapi aku rasa tu normal bagi kita sbg manusia ni kan? nak2 org mcm aku ni.. swing je memanjang!
bila mood dah swing ni, tahap kemalasan tu dah melebihi tahap kerajinan aku.. eh?
Nak p kerja pun malas... nak2 hari Isnin.. dalam kepala duk fikir, "nak EL la sok.."
"tapi nak bg alasan apa kat boss eh?" 
haaaaa! ko nampak tu? tp itu hanya la persoalan dlm minda shj ye kwn2..
tipu.. ada 2-3x jugak aku guna pakai.. kihkihkih
Then slalu nak sentap.. pantang org buat salah or silap ckp, muncung dah 24inch pjg..
Kdg tu x semena2 jadi pendiam.. nak nangis.. rasa kosong.. kosong.. kosong mcm najwa latiff..
Rasa happy bila weekend je la.. gila ko x happy time cuti?
Rasa nak penampor diri sendiri! 

Solution for mood swing?

Apa korang buat?????


Tuesday 23 July 2013

Resepi Cencaru Dry Fry dan Sambal Sotong


Alhamdulillah dah 14hari kita menyambut Ramadhan.. aku jgk x full puasa sobsobsob -_-''
Dah 14hari Ramadhan juga, baru nak update pasal menu berbuka?
Yess blogku dah bersawang.. nampak tu labah2 merayap sana sini.. okay x lawak!
Nampak sangat takde n3 nak up..itu sebenarnya! hahahaha..

sambal sotong, cencaru bakar+sambal kicap and ulam peria+terung

Ni menu sabtu lepas.. haaa nampak kemalasan disitu? sabtu lepas punya menu baru nk update? ekeke
Aku takde la terror masak.. masak simple2 jerp.. nak bagi menu pun segan.. bajet mcm orang x tau buat?
Ni resepi untuk orang yang baru2 nak belajar masak tu.. simple je!
Resepi Cencaru Bakar Stim

Bahan-bahan
Ikan cencaru sederhana besar
Sedikit Garam
Sedikit serbuk kunyit
2 helai daun kunyit

Bahan-bahan sambal kicap
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji cili padi (dihiris)
kicap kipas udang
sebiji limau nipis/kasturi
Gula secukup rasa

Cara-cara memasak Cencaru Dry Fry

Ikan cencaru yang telah disiang dan dicuci bersih, dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
Then balut ikan tu dengan daun kunyit  Perap dalam 5-10minit.  
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, then masukkan cencaru tadi and tutup dengan tudung periuk!
Pandai2 la korang balik2kn ikan tersebut sehingga masak keh..
Cara masak ni dipanggil dry fry (goreng kering).. **ros bagitau ni.. ekekeke

Cara-cara membuat sambal kicap
Masukkan bawang merah dan cili padi yang telah dihiris. Gaul bersama kicap (ikut byk mana korang nk)
Perah limau nipis/kasturi dan letakkan sesudu gula untuk memekatkn sambal. Gaul n siap!

Resepi Sambal Sotong

Bahan-bahan
5-6 ekor sotong putih (dipotong kecil)
3 sudu besar cili giling 
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu besar sos cili
2 sudu air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak Sambal Sotong
Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih yang telah dihiris.  Tumis hingga bawang kekuningan
dan masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sotong, gaul rata dan masukkan sos cili, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Last masukkan bawang besar dan gaul rata hingga masak.

*Bagi ulam peria dan terung tu, rebus sehingga empuk.
(nk bgtau jgk ke ni? belasahhhhhhhhhhh!~)

Dah siap!! Mudah dan cepat..!
haaaa apa lagi?
-
-
-
-
-
-
-
-
NASI jangan lupa masak plak! 
Ok Bubbye.........

Ikhlas,

Chef Sara Lynn *pitam*